November, 2008

Perbezaan diantara JavaServer Pages dan Servlet

Hari ni aku ade training kat ofis, sebagai staf baru aku diberi training oleh mereka-mereka yang pakar dalam dunia programming ni. Hurmm.. Trainer yang terlibat, Halmizam dan Hasnol. Dorang ni memang expert la dalam programming. Masing-masing berpengalaman lebih dari 5 tahun. Walaupun 5 tahun, masih dianggap pakar jika dibandingkan dengan aku.

So, untuk tidak membazirkan line kat sini, aku akan menceritakan serba sedikit tentang apa yang aku faham dari training yang diberi tadi. Halmizam menerangkan perbezaan diantara JavaServer Pages(JSP) dan Servlet. Okay, JavaServer Pages ni ialah code-code Java yang ditulis di dalam coding HTML. Ia mempunyai 3 elemen iaitu ;

Scriplet
contoh :
or code fragment

Expression
contoh :
or expression

Declaration
contoh :
or code fragment

Contoh yang aku bagi tu untuk JSP 2.0 dgn versi sebelumnya. Hopefully korang dapatlah hint sikit-sikit mengenai JSP ni hasil daripada berkongsi ilmu ni. Hehehe.. Till then, ciao..

Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat

Aku akan cuba buat sebaik mungkin kali ni. Kerja dalam bidang yang mencabar ni mungkin dapat melatih aku dari segi fizikal dan mental. Hari ni, aku dapat tengok kod-kod bagi sistem yang dorang buat sebelum ni. Sungguh mengasyikkan..

Naik pening aku dibuatnya. Semua kod-kod berada dalam keadaan tersusun, akan tetapi satu perkara yang aku rasakan agak sukar bagi aku fahami ialah Ant. Aku masih lagi dalam peringkat pembelajaran, jadi aku harap dari sini aku dapat belajar serba sedikit tentang pengaturcaraan Java yang sukar ni.

Mudah-mudahan aku diberi petunjuk untuk meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah..

Berjuang selagi terdaya

Ada bunyi yang pelik dari laptop aku. Rasenya laptop aku ni memerlukan penyelenggaraan yang agak major. Buat masa sekarang, aku belum terfikir untuk format laptop ni memandangkan banyak kerja-kerja aku yang belum di backup sepenuhnye. Hopefully sempatlah aku tunggu first paycheck aku sebelum aku nak fully backup files and folders yang ada (especially yang berkaitan dengan kerja-kerja aku).

Dapat je first paycheck, aku akan terus ke lowyat. Nak upgrade harddisk aku, since dia (harddisk) dah start mengeluarkan bunyi-bunyian yang pelik. Aku tau, dah sampai masenya untuk aku menggantikan harddisk lame kepada yang baru. Lagipun, harddisk ni dah tak mampu untuk menampung kos storage yang amat besar. Thinking of making this harddisk as my portable harddisk. Orang kata, berjuang selagi terdaya. Hehehe..

Apa-apapun, tunggu dapat gaji dulu. ;)