Menuntut keadilan
Aku rasa tindakan yang aku ambik ni adalah berpatutan. Aku rasa, dia tak layak untuk tinggal di rumah sekarang memandangkan rumah tu aku yang cari. Dia hanya cuci kaki je masuk rumah tu. Semua kelengkapan dah disediakan. Adakah itu satu keadilan? Aku rase dia patut merasa susah hidup dengan kaki sendiri.
Cukuplah rasanya aku menyediakan semua keperluan untuknya. Tidak pernah terdetik pun di hatinya untuk menolong meringankan beban aku. Tujuan aku berbuat demikian bukanlah kerana hasad dengki ataupun revenge, akan tetapi sebagai satu pengajaran buatnya. Harapan aku agar dia dapat berdikari dan hidupnya tidak bergantung pada orang lain.
Aku masih dalam pertimbangan untuk memberitahu perkara sebenar ataupun tidak. Let time shows everything to him. Aku rasakan ini satu keadilan buat aku.